• RSS

Dec 19, 2010

ingin tahu sesuatu?


assalamualaikum wbt..



the quick brown fox jumps over the lazy dog


pernah tak dengar sepotong ayat di atas..?
tahu tak ape yang menarik tentang ayat tersebut..?
untuk sesiapa yang belum mengetahui ape yang menarik tentang ayat ini,
ayat ini mengandungi keseluruh 27 huruf alphabet..
tak percaya,, cuba anda perhatikan satu persatu huruf yang terkandung..
saya bantu anda,,
perhati huruf berwarna putih,,
adalah huruf a-z


the quick brown fox jumps over the lazy dog

betol tak?
kesemua huruf a,b,c hingga z terdapat dalam ayat tersebut..
ia digunakan untuk menguji mesin taip dan papan kekunci komputer
pada zaman dulu..
______________________________________

dalam dunia terdapat banyak benda yang pelik..
antaranya seekor burung yang dikenali sebagai burung kea..
burung kea ialah spesis burung nuri yang tinggal di pergunungan(tempat sejuk)..
burung ini terdapat di new zealand dan tergolong dalam kumpulan burung native..


ape yang peliknya tentang burung ini ialah ia mempunyai tabiat yang aneh iaitu
ia gemar memakan lapisan getah pada sekeliling cermin tingkap kereta


dan ia juga pandai menggeledah beg tangan anda!hati-hati..=p
______________________________________

satu fakta nombor yang menarik untuk diketahui..

jawapan apabila

111111111 x 111111111
ialah

12345678987654321!
_______________________________________

anda tentu mengenali tokoh pelukis terkenal iaitu
pablo picasso..
tahukah anda bahawa dia mempunyai nama yang sangat2 panjang.
namanya mempunyai 23 patah perkataan iaitu..

Pablo Diego José Francisco de Paula Juan Nepomuceno María de los Remedios Cipriano de la Santísima Trinidad Martyr Patricio Clito Ruíz y Picasso.

berbelit-belit lidah nak menyebut..huhu.

_____________________________________________

selama ni saya hanya dengar kuda laut,singa laut,anjing laut dan sebagainya..
tapi saya baru tahu bahawa terdapat juga khinzir laut..huhu~
khinzir laut juga dikenali sebagai scotoplanes atau pun teripang
yang tergolong dalam hidupan dari holothurians laut dalam..
ia tinggal di atas atau di bawah dasar laut dan memakan lumpur lantai laut..
setakat ni saintis masih mengkaji bagaimana hidupan ini boleh hidup jauh di dasar laut..
betapa hebatnye ciptaan Allah..
nak tengok rupenye..







_________________________________________

bagi sesiapa yang belum tahu,
binatang yang paling lambat didunia ialah sloth..
pada mulanya saya ingatkan kongkang..
tapi saya ternyata salah,,
sesiapa yang fikir siput pun bukan..hehe.
sloth ni berasal dari amerika tengah dan amerika selatan..
dia bergerak memang perlahan dan boleh dikatakan akan bergerak jika perlu sahaja..
dia bergerak 0.5 hingga 1 kaki seminit..
dia omnivor,hanya makan semut,anai2 dan daun2 pokok..
oleh kerana sloth ini lambat bergerak,terdapat juga sloth yang mati dalam keadaan yang masih bergantung di atas pokok..kesiannye..




comel !

jadi,bagi sesiapa yang selalu mengeluh kenapa lambat macam siput,
kene tukar kepada kenape lambat macam sloth!hehe.
nak tengok video tentang sloth tak?melintas jalan sampai tertido..huhu.
tekan sini..
__________________________________________


ini ialah cacing gergasi Australia
geli pulak..huhu.
cacing ni boleh menbesar dan memanjangkan lagi badannya sehingga 2 meter..
hmm,,panjangnye..
da macam ular da..
___________________________________________


dan ini pula katak kodok afrika atau pyxicephalus adspersus.
besar kan?
katak ini boleh dijumpai di angola,bostwana,kenya,malawi,mozambique,
namibia,south africa,swaziland,tanzania,zambia dan zimbabwe,
katak ini juga mampu membesar sehingga 9 inci dan beratnya pula
boleh mencecah sehingga lebih 2 kg..
dan yang paling menarik, katak ini mempunyai kudrat untuk melompat
sehingga 12 kaki tinggi..
wow,x mustahil dia boleh menangkap burung kalau da lapar sangat.
sebelum terlupa,katak ini adalah karnivor,,
tengok dalam gambar tu,,dia makan tikus..
credit to:mat jijan
_____________________________________________


comelkan tupai ni..hehe.
fakta yang menarik tentang tupai ialah
dianggarkan berjuta-juta pokok didunia ini ditanam
secara tidak sengaja oleh tupai-tupai yang menyembunyikan
bijih benih makanan mereka.
kemudian mereka terlupa dimana tempat mereka menanamnya..
haha.
dan tumbuhlah tumbuh-tumbuhan yang menghijaukan bumi..
maka,jadilah si tupai yang comel ini sang penyelamat bumi daripada tergondol..
_____________________________________

anda boleh gulung lidah..
saya tak boleh..hehe
untuk pengetahuan semua..
penggulungan lidah terjadi dalam revolusi kejadian manusia
adalah untuk dan kerana pemakanan..
zaman sebelum terciptanya tulisan iaitu prasejarah,
manusia tidak mempunyai perkakas untuk minum atau sebagainya.
maka,apabila mahu minum,
mereka akan ke tepi sungai dan meninum air dengan cara
mengambil air tersebut menggunakan mulut mereka sendiri
dengan menggulungkan lidah..
dan sehingga sekarang masih ada yang boleh menggulungkan lidah..
hmm,jadi mungkin mereka yang tak pandai menggulung lidah tu,keturunannya
pada zaman dahulu da ada pinggan mangkuk kot..
hmm,advance..
hehehe.
takdelah,kan zaman da maju,dunia da berubah..=)
kalau belajar biology dulu,ade dalam buku teks chapter 6,variation..
lupe la..hee~


waa,yang ni boleh simpan air..hehe.
_________________________________________

cakapcakap::subhanallah,,cantik betul kejadian Tuhan. macam-macam boleh kita teroka dan belajar..yang da pernah tengok mahupun yang belum..info yang saya dapat ni kebanyakannya dari astro TVIQ(macam-macam ada,hehe) dan siapa lagi kalau bukan dari incek Google yang baek hati..terima kaseh mat jijan sebab izinkan saya ambil sedikit info tentang katak tu ye..hehe.
semoga mendapat maklumat dari pembacaan daripada blog tak seberapa ni..
maaf,andai info yang diberi salah dan penyusunan yang tunggang langgang..huhu.harap betulkan ye..sekadar perkongsian yang asas saje..
terima kaseh,wassalam..

2 soul food:

Anonymous said...

huyyooo...1 x tahu tp skang dh tahu haha..kinzir tu saya geli!
saya follower baru.moh ke blog saya..ada mekap dn lain2..
klik sini zoey zau yah ska-ska hati

selendangjingga said...

haha.same la..mule2 mmg x tw..
tp ble da tw excited plak..huhu.
time kaseh ye..insyaAllah..;)