Oct 30, 2009
kamu tulang rusukku..
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tibaWANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .
Lima tahun berlalu...
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukanWANITA Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal... "
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dia patahkan sendiri…
wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki yg paling atas. bukan dr kepalanya utk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas. tetapi dari sisinya yg dekat dengan hati untuk dicintai, disayangi dan dilindungi'
"Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki... .untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya denga penuh kehormatan dan kasih sayang."
Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar,
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan.
Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.
Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanyamengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
1 soul food:
salam..nilah jawapn dy..
Ok,mslh mak ayh xbg ni mmg nmpk rumit secara umumnya tapi akn jadi senang kalau kena caranya..
Sy bg cadangan(boleh bantah kalau tak setuju)..awk sebagai kawan kena terus support dia..Kalau boleh sarankan dengan dia supaya berkawan dengan orang yang bertudung tapi jangan plak mengabaikan kwn yg x bertudung..Ajak diorg skali.Nak tak nak itu kita tawakal kepada Allah sebab kita da usaha..So,Allah akan bg hidayah berdasarkan usaha yang kita lakukan.Mana tau kwn yang xbtudung tadi nak ikut cara Islam.
Cadangan saya pada si dia,JGN PUTUS ASA disebabkan halangan2 mcm ni..saya dulu byk kali kena kutuk dlm myspace sbb siarkan buletin2..konon nk tunjuk alim tapi alhamdulillah skang ni ramai yang berminat.
So,TUNJUKKAN TELADAN YANG BAIK..Biarlah kena sindir ke apa sebab 2 sume ujian.xada cabaran x best la kn?Amalkan sikap POSITIVE THINKING..Mungkin diorang xfaham kepentingan bertudung 2..
Lagi satu,IKHLASKAN HATI BERTUDUNG..Kalau niat btul2 nak bertudung,kawan awk takkan tewas dgn cabaran mcm ni..
Berkaitan ibubapa plak,memang KITA KENA MENTAATI IBU BAPA sepertimana Allah berfirman:
Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua( An-Nisa' , 4:36)
Tetapi Allah gak berfirman:
Dan jika keduanya memaksamu mempersekutukan
Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka
janganlah engkau mentaati keduanya , dan pergauli keduanya di dunia
dengan baik , dan ikutilah jalan orang yang kembali kapada-Ku. Kemudian
kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahumu akan apa yang
telah kamu kerjakan.( Luqman, 31: 15)
So,persoalan ni da terjawab sebenarnya..
Post a Comment