• RSS

Jan 24, 2010

renungan buat hawa


salam blogku,,
td ana bukak iluvislam,,
then ternampak 1 video tentang kaum hawa..
best sgt2.
nk ltk videonye kat cni tp lme sgt..
boleh mengntuk,,
hehe
so ana juz kongsi ayat-ayat dy je..
selamat membace..=)

adik :wahai kakakku,
mengapakah lemah sungguh kaum hawa itu,,
asyik berteman tangis dan sendu sahaja..

kakak :wahai adikku,,
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,,
tetapi disitulah wahai adikku,,
kekuatan yang bisa meleburkan ego seorang lelaki,,
menjadi izzah yang paling gah,,
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki..
kerana sendu rayunya,
Musa a.s terselamat dari kekejaman kaum firaun,

duhai adikku,,
lembut wanita itu bukan lemah,
tetapi senjata..

adik :namun wahai kakakku,
wanita itu fitnah dunia?

kakak :pernahkah adikku dengar?
pesanan Ilahi pada hambanya,,

"wahai lelaki-lelaki yang beriman,tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu.."

cuba adik nilai,
pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
kepada hamba yang bergelar Ar-Rijal,,
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya ,
maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya
dan tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat kaum hawa agar memelihara auratnya.
kerana disitulah kehormatannya,,
bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijal dan an-Nisa sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu.
sesungguhnya wanita yang beriman itu lebih baik daripada ribuan lelaki yang soleh.

adik :tapi kakakku,
mengapa wanita itu menjadi peragaan?
tidakkah mereka merasa malu?

kakak :wahai adikku sayang,,
al-Haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan.
wujudnya seiring dengan nafas insan.
dan al-Haya' itulah pakaian iman
pada diri wanita itu
indah al-haya' sebagai pembenteng diri.
namun,
bila mana al-Haya' itu lebur,imannya runtuh..
kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan??
kerana mereka merasakan diri belum cukup menarik,,
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.

namun adikku,
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.
dan ingatlah adikku,,
1001 keindahan penciptaan wanita,,
pandai-pandailah dikau menilai antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

duhai adikku,,
janganlah adik gusar,,
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu,,
dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,
menggugurkan diri menyembah tanah..
sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu.

smge kite sentiasa dibawah lembayung rahmat ALLAH s.w.t..
amin..

3 soul food:

fitrijohari007 said...

bukan senang nak jadi wanita solehah..
bukan juga senang untuk menjadi lelaki yang soleh..

sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menggapai salah satu darinya :)

selendangjingga said...

btol tu.
huhu.
mge dipermudahkan segale usaha kite..
insyALLAH..

myfuzzyworld said...

Salam,

Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/