• RSS

Sep 25, 2009

santapan kejayaan..




RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya:
  • Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
  • Sebuah ketekunan
  • 3 mangkuk kerajinan
  • 4 hiris keinsafan
  • 5 keping kasih sayang
  • Beberapa potong kasih
  • Segenggam harapan
  • 1/3 cawan air mata keinsafan
  • Semangkuk azam
  • Sekuntum A untuk hiasan
Cara membuatnya:

1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati.
3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha.
4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama.

5.Kemudian titiskan air mata keinsafan.
6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa.
7.Tambahkan sedikit kerajinan.
8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa.
9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah.

Cara menjamahnya:
1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya.
2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi.
3.Hiasilah dengan senyuman.
4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini.

Selamat menjamah=)

Bulan Syawal bulan kemenangan, setelah sebulan menahan nafsu, dan kini bermulalah medan bertempur hasil latihan di bulan Ramadhan. Ayuh sahabat semua, sama-sama berusaha untuk berjaya di dunia, dan akhirat terutamanya kerana di dunia semua orang boleh berjaya..

dipetik dari iluvislam.com

1 soul food:

Anonymous said...

anil ncem :))