• RSS

Dec 13, 2009

mereka yang istimewa..


salam blogku,
act ana da lame nk post story ni,
tp oleh krane mls nk transfer gmbr,
so tertangguh2..
ni tentang ana n kawan ana,fateha, menjadi wakil negeri bersame rakan2 dari sekolah daerah lain untuk progrm sukarelawan ke rumah2 kebajikan di negeri sembilan peringkat kebangsaan.program ni sebenarnya under ppi,tp sekolah ana ntar student under MPP..
huhu
sengihnampakgigi

tarikh:9,10 dan 11 oktober 2009
tempat:pusat dakwah islamiah,paroi,seremban,negeri sembilan..
tujuan:program khidmat masyarakat bagi memperkasa kepimpinan belia peringkat kebangsaan

9 oktober..
bergerak dari jb pada jam 2ptg dan tibe di negeri sembilan pada pukul 5.30ptg.sesudah sampai,ana agak terkedu sebab tempatnya sangat besar dan dan cantik.selepas tu ana dan member ana diberi bilik penginapan.
biliknya agak selesa dan memuaskan la.2 org 1 bilik..tapi malam tu tiada aktiviti yang dijalankan kerana program akan dimulakan pada keesokan harinya..
bilik kami

katil ana
10 0ktober..
pendaftaran pada jam 8 pagi tapi sebelum 2 kami prgi breakfirst dulu..selepas 2 kami msuk dewan untuk taklimat squad puteri yang di sampaikan oleh Datin Che Hasnah selaku pengerusi program ni.apa yang ana suke tentang beliau ialah beliau seorang yg merendah diri dan peramah.beliau gelarkan dirinya cikgu kerana beliau adalah bekas pengetua sekolah sultanah asma..pada jam 10,kami dihidangkan dengan tea,dan masuk ke dewan semula untuk taklimat seterusnya.selepas itu,kami menikmati makan tengahari..ana sangat suke sebab bru 1st time makan daging salai masak lemak cili api,,makanan popular masyarakat negeri sembilan..fuh!sangat sedap.huhu.then,kami solat zohor..usai solat pada jam 2 ptg kami ada bengkel tentang program sukarelawan yg boleh dijalankan di tempat sendiri..kemudian kami minum petang dan solat asar.pada jam 5.30ptg kami turut serta dalam aktiviti aerobik..pling syok poco-poco,hehe.
sengihnampakgigi.lepas tu,bersiap utk solat maghrib.usai solat maghrib kami diberi tazkirah.ana lupe sape name beliau tapi beliau buat ana n member ana bangge sebab beliau tanye ada x pelajar dari SIGS.huhu.rupe2nye beliau adalah bekas guru di SIGS dan sekarang umur beliau dalam lingkungan 80 dan masih aktif dalan sukarelawan.usai solat isyak,kami dikehendaki mengikuti ceramah khidmat msyarakat dan kesukarelawan.agak membosankan dan mengantuk.huhu.ketukmeje.selesai ceramah,selesai jugak la aktiviti utk hari tersebut.


dining.sgt lwa.blur coz snap smbil jln

taklimat dari cikgu aka datin che hasnah

bengkel

11 oktober..
hmmm..aktiviti yang paling ana tunggu2.melawat ke rumah2 kebajikan.selepas breakfirst kami bertolak ke rumah kebajikan mengikut group yang diberi..group ana dapat pergi ke rumah anak-anak down sindrom paroi..

hmm,,ana nk ceritakn ckit ni pengalmannya..sangat beruntung sebab dapat join.setelah sampai kami disambut oleh pemilik dan salah seorang kanak-kanak disitu.dalam hati ana ni da bergelojak..x keruan,rase mcm nak menangis..ana pantang tengok kanak2 kurg upaya ni..mase ana nak duduk,ada hidangan roti canai yg da dicerai2kn bersama air masak dan air basuh tangan..tibe2 dtg seorang kanak2 kat hidangan tersebut..dia bukan berjalan tapi megengsot secara melutut..aduhai,,ana da x boleh kawal lagi..maka gugurla air mata wanitaku..huk2
nangih.x bleh tahan.haih..da la x bawak tisu.huh.nseb bek ana duduk belakang so orang x perasan sangat.ana toleh seblah kiri ana,sorang cikgu,pun menagis jugak..aduh,tersedu2 ana dibuatnya..

name kanak-kanak yang makan roti canai 2 amir,,lps amir makan,sekali lg,air mata ana gugur coz ad sorg kwn dia yg boleh berjalan tolong dia kemas sisa makanannye.angkat pinggan,cawan,n mangkuk air bsuh tangan,,then lapkan sisa yang tumpah..huih,memang x menahan..name kawan dia 2 ajak..muke die nmpk sangat dalam kemurungan..kesian sangat..ade seorang penghuni kat situ umurnya 22thun.seorang mualaf(chinesse convert to islam).sudahpun sambung belajar bulan november lepas.dan yang pling istimewa ialah kanak2 yang berusia lapan tahun yang ditinggalkan terbiar oleh insan yang tidak bertggungjwb.muhamad nma die..sgt2 istimewa bg pemilik tersebut..mengikut cerita pemiliknya,semasa dijumpai,keadaannya lebih teruk dri ape yang dilihat kami.mate lebam dan kurus kering.pemilik tersebut bawe muhamad ke london untuk berubat.muhamad tidak boleh bertutur dan berjalan,tapi hanye terbaring lesu.kesian sangat.

kami jalankn tugas kami sebagai sukarelawan,kemas bilik mereka,bersihkn seluruh rumah mereka.lawatan berakhir pada jam 12.30tghri.so ana pergi makan n solat.majlis penutup pada jam 2ptg hingga 4.30.then bersurai.ana smpi jb pada pkul 9 mlm..huhu.sangat penat tp sangat seronok dan puas hati..

ana ada sertakan gambar sekali yang sempat ana snap..huhu
kenyit

setibanya di perkarangn rumah anak2 down syndrom
disambut oleh pemilik(lpe nmeny)

'penymbut tamu' yg rajin(lpe nmeny)


ini la amir

ajim aka 'mr.bean'

yg teristimewa,muhamad.

ajak yg rajin n penyayang bersme muhamad

mualaf(lpe nmeny)

berbual bersme ktua lawatan

memasang meja utk makan

ckgu datin yg turut mmbntu(pink)

makan2!

isteri pemilik(merah)

(lpe nmenye)

penutup
persembahan coral speaking dlm bhse arab..

pengalamn yang paling bermakne buat ana.
1st time ni..
sangat beruntung..
semoge pemilik rumah anak2 down syndrme 2 sntiase dilimpahi rzeki oleh ALLAH kerane jasenye yang sangat besar..
kesimpulan yg ana dpt tentg kanak2 yg nmenye muhamad ni ialah,anak adalah anugerah dan amanah ALLAH yg pling istimewa n berharge.
1 keajaiban ble kite dapat thu ada kehidupan dalam perut seorg ibu.
jagelah mereka dari dalam kandungan..
lahirknlah mereka daripada hasil ikatan yang halal..
dan bukan salah dia kalau dia seperti itu..
aduhai..
teremosi plak..
hehesengihnampakgigi
ok blogku..
ad story,ana post lg..
huhu.
salam!
:puteh_27:

0 soul food: