• RSS

Dec 15, 2009

..hanya kepadaMu..


Telah ku khabarkan kepadaMU
segala hal seperti cercaan.
Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.
Lalu kupanggil jelas namaMu
diwaktu Subuh menanti
dan setiap fajar menyinsing.

Hanya kepadaMu sahaja
yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah,
doa yang ikhlas,
bisikan yang jujur,
air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan,
dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaMu
kedua telapak tangan dihulurkan setiap kali menjelang subuh,
iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganMu,
dan tatapan mata hamba yang penuh harapan,
dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaMu,
memohon,mengharap dan memanggil.
Dengan menyebutmu,
di mana hari akan menjadi damai,
jiwa akan terasa tenang,
perasaan menjadi tenteram,
saraf tidak lagi menegang,
akal menjadi sejuk,
dan keyakinan menjadi mantap.

Sekalipun kulukis keagunganMu dalam goresan
sebagai tanda kesucian mempererat jiwa,
Engkau tetap Yang Teragung
dan tempat segala yang bermakna.
Ya ALLAH,hanya pada keagunganMu
segalanya terasa lapang.

6 soul food:

iqbalsyarie said...

erm...nice..
susunan perkataan yg baik,
juga terselit emosi si penulis.. =)

salam ziarah!
1st time tinggal komen dan melwat blog saudari~

selendangjingga said...

ehe.
terime kasih ye..

salam ziarah kembali..
dan terima kasih krne mnziarah..
huhu.=)

fitrijohari007 said...

hanya padaMu kami berserah..
in Allah We Trust... :)

selendangjingga said...

krane Engkau penentu segalanye dn Engkau maha mengetahui ape yg terbaek untk kami..
=)

tulip putih said...

salam dik...:)

akak raser 1st time anta comment nie..ish3..ape la ek...

ok2..post ni!
waaaaa..seriously best!!!!!
tersentuh hati akk...pndai berpuitis juga adik akak ni yer!..=D


teruskan mencari cintaNya dik..insyaAllah, kelak kamu akn menjumpai..insyaAllah..


take care ye dik!!..:)

selendangjingga said...

kak fieqa.

salam
thx kak!!
hehe.
biase2 je..
insyALLAH kak,
doakan ye..
huhu.
take care juge kak!
thx lg skali!