• RSS

Feb 23, 2010

CINTA sejati dan abadi..


assalamualaikum.. tengah duduk-duduk, alhamdulillah, muncul pulak ilham untuk post kali ini.insya ALLAH,tentang CINTA abadi. mungkin ia datang sebab baru lepas bace novel JAZIRAH CINTA kot. huhu. sebuah novel islami yang sedikit sebanyak menceritakan tentang hakikat kehidupan dan makna cinta sebenar..

baiklah,, bagi ana,, cinta yang betul-betul sejati itu hanya berkaitan antara hubungan cinta kita dengan ALLAH SAW,Maha Pemilik Keabadian Cinta.. cinta kepada manusia tak boleh menandingi keabadian cinta itu sendiri.hal ini mungkin kerana kita hanya memandang paras rupa,harta,populariti dan apa-apa saja yang ada padanya..perkara-perkara begini hanyalah berbentuk sementara.. jika semua itu luput, kita sudah pasti kehilangan sirna cinta yang pernah ada pada dirinya. walaupun di dunia cinta itu masih kuat, tetapi jika tidak meletakkan ALLAH di tempat yang paling atas, mungkin di akhirat tak akan sekuat itu..wallahu 'alam.. boleh jadi, dua insan yang saling mencintai di dunia ini akan saling membenci di akhirat nanti.. subahanALLAH..
malah mungkin juga bukan hanya saling menbenci,tetapi saling menjatuhkan antara satu sama lain..

Di padang mashar nanti, ketika manusia dibangkitkan, yang ada dalam fikiran mereka adalah bagaimana menyelamatkan diri kita sendiri.. perasaan sayang dan cinta kita kepada seseorang tidak mungkin dapat menguasai perasaan takut kita dengan azab yang tak dapat kita bayangkan yang bakal menimpa kita.. nauzubillahiminzalik.. betapa dahsyatnya sehingga ketika seksaan itu ditunjukkan di depan mata, kita akn menjadi sangat takut.. mungkin bukan sahaja kekasih dengan kekasihnya,malah orang tua dengan anak mereka pun akan saling bermusuh, saling menuduh tentang kesalahan mereka..

tidak mampu untuk kita membayangkan bagaimana dua orang yang saling mengasihi boleh bertukar menjadi saling bermusuh.. mana keagungan dan keindahan cinta yang di agung-agungkan manusia di dunia dan mungkin yang selalu dimainkan di drama bersiri mahupun filem-filem..? dan dimana juga pengorbanan dan kerelaan yang selalu ditunjukkan oleh para pencinta selama ini..? bukanlah maksudnya disini kita tidak dibenarkan mencintai dan dicintai,mengasihi dan dikasihi, apatah lagi ALLAH itu menyuruh makluk-Nya saling mengasihi antara satu sama lain. cuma jadikan cinta kita kepada manusia ikhlas kerana-Nya. insya ALLAH, Dia akan menjaga dan melindungi cinta kita. tapi, kita mestilah betul-betul jujur bahawa cinta kita memang ikhlas kerana ALLAH. bukan kerana yang lain.

mungkin seseorang itu berfikir betapa sukar untuk mengasihi hanya kerana ALLAH. ana juga merasakan hal yang demikian. tapi sedikit sebanyak yang ana dapat daripada novel ini ialah,, hal ini tidak akan berlaku jika kita ingin menjadikan ALLAH sebagai satu keutamaan dalam hidup kita. kita menghilangkan peranan ALLAH dalam setiap langkah kita. tetapi,semua yang meliputi langit dan bumi ini adalah hak mutlak-Nya. kuasa DIA meliputi segalanya. jika kita sanggup untuk menyedari hal ini dan memenuhi hak-hak-Nya,pasti Dia akan membawa hati kita bukan sekadar untuk mengenalinya,tapi juga untuk bahagia dalam taman cinta yang indah. taman cinta yang diredhai-Nya..insya ALLAH..

siapa yang tidak mahu cinta yang sebegini? ana percaya semua manusia inginkan cinta yang sebegini.. jadi,marilah kita sama-sama renungkan sejauh mana kasih kita kepada ALLAH berbanding kasih kita sesama insan.. maka, tepuk dada, tanyalah iman.. segala yang ana coretkan ini tidak ada hubungkaitnya dengan sesiapa..hanya sekadar untuk berkongsi dan menasihati diri sendiri yang serba hina dan serba kekurangan. moge ada manfaatnya untuk anda semua..insya ALLAH..
wassalam=)



.:truly:.

0 soul food: