• RSS

Dec 19, 2010

ingin tahu sesuatu?


assalamualaikum wbt..



the quick brown fox jumps over the lazy dog


pernah tak dengar sepotong ayat di atas..?
tahu tak ape yang menarik tentang ayat tersebut..?
untuk sesiapa yang belum mengetahui ape yang menarik tentang ayat ini,
ayat ini mengandungi keseluruh 27 huruf alphabet..
tak percaya,, cuba anda perhatikan satu persatu huruf yang terkandung..
saya bantu anda,,
perhati huruf berwarna putih,,
adalah huruf a-z


the quick brown fox jumps over the lazy dog

betol tak?
kesemua huruf a,b,c hingga z terdapat dalam ayat tersebut..
ia digunakan untuk menguji mesin taip dan papan kekunci komputer
pada zaman dulu..
______________________________________

dalam dunia terdapat banyak benda yang pelik..
antaranya seekor burung yang dikenali sebagai burung kea..
burung kea ialah spesis burung nuri yang tinggal di pergunungan(tempat sejuk)..
burung ini terdapat di new zealand dan tergolong dalam kumpulan burung native..


ape yang peliknya tentang burung ini ialah ia mempunyai tabiat yang aneh iaitu
ia gemar memakan lapisan getah pada sekeliling cermin tingkap kereta


dan ia juga pandai menggeledah beg tangan anda!hati-hati..=p
______________________________________

satu fakta nombor yang menarik untuk diketahui..

jawapan apabila

111111111 x 111111111
ialah

12345678987654321!
_______________________________________

anda tentu mengenali tokoh pelukis terkenal iaitu
pablo picasso..
tahukah anda bahawa dia mempunyai nama yang sangat2 panjang.
namanya mempunyai 23 patah perkataan iaitu..

Pablo Diego José Francisco de Paula Juan Nepomuceno María de los Remedios Cipriano de la Santísima Trinidad Martyr Patricio Clito Ruíz y Picasso.

berbelit-belit lidah nak menyebut..huhu.

_____________________________________________

selama ni saya hanya dengar kuda laut,singa laut,anjing laut dan sebagainya..
tapi saya baru tahu bahawa terdapat juga khinzir laut..huhu~
khinzir laut juga dikenali sebagai scotoplanes atau pun teripang
yang tergolong dalam hidupan dari holothurians laut dalam..
ia tinggal di atas atau di bawah dasar laut dan memakan lumpur lantai laut..
setakat ni saintis masih mengkaji bagaimana hidupan ini boleh hidup jauh di dasar laut..
betapa hebatnye ciptaan Allah..
nak tengok rupenye..







_________________________________________

bagi sesiapa yang belum tahu,
binatang yang paling lambat didunia ialah sloth..
pada mulanya saya ingatkan kongkang..
tapi saya ternyata salah,,
sesiapa yang fikir siput pun bukan..hehe.
sloth ni berasal dari amerika tengah dan amerika selatan..
dia bergerak memang perlahan dan boleh dikatakan akan bergerak jika perlu sahaja..
dia bergerak 0.5 hingga 1 kaki seminit..
dia omnivor,hanya makan semut,anai2 dan daun2 pokok..
oleh kerana sloth ini lambat bergerak,terdapat juga sloth yang mati dalam keadaan yang masih bergantung di atas pokok..kesiannye..




comel !

jadi,bagi sesiapa yang selalu mengeluh kenapa lambat macam siput,
kene tukar kepada kenape lambat macam sloth!hehe.
nak tengok video tentang sloth tak?melintas jalan sampai tertido..huhu.
tekan sini..
__________________________________________


ini ialah cacing gergasi Australia
geli pulak..huhu.
cacing ni boleh menbesar dan memanjangkan lagi badannya sehingga 2 meter..
hmm,,panjangnye..
da macam ular da..
___________________________________________


dan ini pula katak kodok afrika atau pyxicephalus adspersus.
besar kan?
katak ini boleh dijumpai di angola,bostwana,kenya,malawi,mozambique,
namibia,south africa,swaziland,tanzania,zambia dan zimbabwe,
katak ini juga mampu membesar sehingga 9 inci dan beratnya pula
boleh mencecah sehingga lebih 2 kg..
dan yang paling menarik, katak ini mempunyai kudrat untuk melompat
sehingga 12 kaki tinggi..
wow,x mustahil dia boleh menangkap burung kalau da lapar sangat.
sebelum terlupa,katak ini adalah karnivor,,
tengok dalam gambar tu,,dia makan tikus..
credit to:mat jijan
_____________________________________________


comelkan tupai ni..hehe.
fakta yang menarik tentang tupai ialah
dianggarkan berjuta-juta pokok didunia ini ditanam
secara tidak sengaja oleh tupai-tupai yang menyembunyikan
bijih benih makanan mereka.
kemudian mereka terlupa dimana tempat mereka menanamnya..
haha.
dan tumbuhlah tumbuh-tumbuhan yang menghijaukan bumi..
maka,jadilah si tupai yang comel ini sang penyelamat bumi daripada tergondol..
_____________________________________

anda boleh gulung lidah..
saya tak boleh..hehe
untuk pengetahuan semua..
penggulungan lidah terjadi dalam revolusi kejadian manusia
adalah untuk dan kerana pemakanan..
zaman sebelum terciptanya tulisan iaitu prasejarah,
manusia tidak mempunyai perkakas untuk minum atau sebagainya.
maka,apabila mahu minum,
mereka akan ke tepi sungai dan meninum air dengan cara
mengambil air tersebut menggunakan mulut mereka sendiri
dengan menggulungkan lidah..
dan sehingga sekarang masih ada yang boleh menggulungkan lidah..
hmm,jadi mungkin mereka yang tak pandai menggulung lidah tu,keturunannya
pada zaman dahulu da ada pinggan mangkuk kot..
hmm,advance..
hehehe.
takdelah,kan zaman da maju,dunia da berubah..=)
kalau belajar biology dulu,ade dalam buku teks chapter 6,variation..
lupe la..hee~


waa,yang ni boleh simpan air..hehe.
_________________________________________

cakapcakap::subhanallah,,cantik betul kejadian Tuhan. macam-macam boleh kita teroka dan belajar..yang da pernah tengok mahupun yang belum..info yang saya dapat ni kebanyakannya dari astro TVIQ(macam-macam ada,hehe) dan siapa lagi kalau bukan dari incek Google yang baek hati..terima kaseh mat jijan sebab izinkan saya ambil sedikit info tentang katak tu ye..hehe.
semoga mendapat maklumat dari pembacaan daripada blog tak seberapa ni..
maaf,andai info yang diberi salah dan penyusunan yang tunggang langgang..huhu.harap betulkan ye..sekadar perkongsian yang asas saje..
terima kaseh,wassalam..

Dec 18, 2010

tentang perubahan=)




kak farhana..
ingt lg x akak mntak kte maintain pakai tdg..?
Alhamdulillah..
Allah buka pintu hati pka nk mula pakai tdung..
akak support kte ye..
thnks for evrytg..


mesej ni rasenye saya terima sebelum raya yang lalu di inbox fb daripada seorang junior saya ketika dalam form 5. tergaru-tergaru juge kepala mengingat ape yang di cakap. hehe. Alhamdulillah,, gembira dan terharu sangat dengar dia nak mula bertudung.. teringat semasa dia datang ke sekolah untuk menerima anugerah kecemerlangan SPM awal tahun ni,, berjalan ke arah saya sambil tersenyum.. terkejut dan tak percaya sebenarnya sebab dia adalah pelajar hoki dan pelajar hoki sinonim dengan sifat kelakian dan dia adalah salah seorang yang sebegitu,, dengan rambutnya yang pendek persis pelajar lelaki serta jalannya juge tak ubah seperti mereka semasa itu manis berbaju kurung dan berselendang cream sedondon.. lagi terkejut apabila dia memakai heel..=p. mengeluh juge dia.. haha.. sambil-sambil berbual sempat juge saya berseloroh supaya mantainkan bertudung dan jawapannya 'insyaAllah'.. selepas anugerah tersebut,, die ade datang ke asrama menjenguk kami, tapi masih belum..satu hari nanti mungkin. sebelum raye,, die hantar mesej ni.. betape gembiranya,, hanya Tuhan je yang tahu.. dan alhamdulillah,kini dia bertudung.. sekarang dia sedang membuat A-Level di Kolej Mara Seremban dalam engineering dan rasenye nak ke new zealand kot, ataupun australia..hee~lupe..-_-'

kepada nurul shafiqha salehuddin ,, all the best! semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi hidup yang sangatlah ada macam-macam ujian ni.. orang puteh kate slow-slow,,huhu. sesuatu perubahan memerlukan masa dan kesabaran.. wanita yang bertudung nampak manis dan sopan.. lagi cantik.. rase selamat dan dilindungi.. serta tujuan bertudung ini juga untuk memelihara kesejahteraan dan sudah semestinya kehormatan wanita tersebut..dan yang paling penting untuk melaksanakan perintahNya dan kewajipan kite sebagai wanita Islam.. insyaAllah i'll always support you.. no need to thank me but thank to Him,, sebab beri nikmat pakai tudung ni untuk awak.. kite ni banyak sangat2 yang kurang hanya buat ape yang termampu sahaje..

saya ada jugak usha2 info tentang bertudung,, sesuai untuk orang yang ingin belajar bertudung dan orang yang diminta untuk mengajar bertudung.. best.. kalau nak tahu,, klik sini..

cakap-cakap::maaf atas ayat yang tunggang langgang. hehe. sekadar perkongsian kepada sesiapa sahaja yang membaca dan nasihat untuk diri sendiri.. blog da berbulan tak diupdate.. ehe. kekangan masa yang teramat.. ada masa tapi almaklum kalau da mengadap memang tak buat kerja lain.. huhu.. alhamdulillah exam da habis dengan last paper pengajian am 6/12 yang lepas.. mengharapkan doa daripada rakan-rakan semua..=)
may Allah bless all of you..
terima kaseh,,salam.

May 2, 2010

'jangan suke sangat,,nanti menangis..'


tarikh kejadian:29 april 201o
masa kejadian:2-3 ptg
tempat kejadian:tingkat 4,block E,dalam kelas USA

dalam suasane yang nak hujan,angin yang sangat kuat,tengah khusyuk siapkan keje pengajian am,tibe-tibe..

prang..kedebuk!!!

dalam hati 'ape bende pulak tu..kacau betol'.terase malas nak toleh kebelakang sebenarnya sebab takot ayat-ayat yang sedang berjalan dalam otak nanti lari..tapi bile da toleh..

ya ALLAH!!

ila!

huh..satu daripada kepingan ceiling jatuh atas kepala kawan ana sebab ditiup angin yang kuat sangat..satu kelas terus bangun pergi dekat die..die da telengkupkan muke die kat atas meja sambil menangis..kesian sangat..kepingan ceiling tu memang da tercabut tapi diletakkan kat atas ceiling yang lain.setiap kali hujan ceiling tu bergerak dan jatuh pada hari tu..hmm.
salah sorang dari kawan ana cube angkat kepingan tu sebab nak tau berat ke tak.dan die cakap..

"berat"

ya ALLAH..semoge tak ade ape-ape luka kat kepala die.
cikgu tak ade dalam kelas sebab ade meeting, jadi ana dan sorang rakan pergi cari cikgu yang terdekat..ana cari kat kawasan kelas tapi tak ade.. rakan ana cari kat level bawah dan jumpe dengan madam Gan kat lab biology..die terus naek atas dan periksa kepala ila..alhamdulillah.tak ade ape-ape.cume rase sakit sikit je.die cakap tak perlu ke klinik.keesokannye die ceria macam biase..

hmmm,,ni lah ceritanya..
sebelum kejadian,,die bergelak ketawe sakan dalam kelas dengan kawan-kawan yang lain..kalau die ketawa rakan di sebelah jadi mangse tangan die..kadang-kadang geli hati tengok die ketawa..
tapi,nasib tak menyebelahi die hari tu..sangat kesian.ade hikmah juge berlakunya kejadian ni,cikgu teros suruh pembantu am uruskan dengan segera dan tindakan telah pun di ambil..sekarang sedang di baek pulih..bersyukur sebab hanya ceiling yang jatuh..cube bayangkan kalau dengan kipas sekali..aduhai..memang tak boleh dibayangkan.

jadi,kesimpulannya,,jangan terlampau suke sangat , nanti boleh bawak menangis..berpada-pada, beringat-ingat dan bersederhanalah dalam ape jua perkara..supaya kite tidak lalai..
semoge kita sentiasa dipelihara ALLAH dari sebarang kecelakaan..amin..C:



ini la lubang ceiling yang tercabut tu.


serpihan ceiling yang pecah.
kuat jugak kepala ila ni..huhu.

Apr 3, 2010

hujan senja



kala itu aku terdengar suaranya,
yang turun mencurah-curah,
tatkala kamar ini menjadi riuh,
bagai memanggil sepi yang basah.

aku buka jendela,
merenung taman resah berkecai,
pepohon bagai dirempuh,
kelopak bunga bagai dikirai-kirai

aku lihat air bersatu,
dengan daun dan bebunga,
aku lihat titisannya mencumbu
waktu senja yang masih muda

aku tersedar aku sedang melihat rahmat-Mu,
yang berhamburan tak pernah sudah,
kala itu aku melihat diriku
lenyap dalam nikmat yang melimpah..

Tuhan,
nikmatMu tak pernah jauh,,
selalu hadir dalam diri,,
hanya satu ku pinta dariMu,,
bantulah aku agar sentiasa berpaling kepadaMu..



Mar 7, 2010

kesibukan


assalamualaikum..
alhamdulillah,sangat bersyukur sebab diberi kesempatan untuk jari ini dilantunkan di atas keyboard hari ni..
dan alhamdulillah jugak sebab kesibukan kemuncak temasya sukan telah tamat pada khamis lepas..
brulah boleh bernafas sikit..
tahniah kepada pasukan rumah kuning yang menjuarai temasya sukan tahun ni..
terkejut jugak ana sebab selama nak masuk 7 tahun belajar kat sigs,
rumah kuning x pernah menjuarai sukan..
tapi tahun ni mereka da mula tunjukkan taring..

sebelum sukan dijalankan iaitu hari rabu,, sigs menjemput atlit dari kolej yayasan saad melaka untuk bersama kami memeriahkan lagi event sukan tahunan..
oleh kerana kawasan skolah yang agak sibuk dengan persiapan akhir sebelum sukan,jadi majlis sambutan kedatangan mereka dilakukan di asrama 2 sigs..
agak kelam kabut jugaklah sebab ana ditugaskan untuk bersama dalam menyambut mereka tapi,petang tu ana ada training mssd..
so ana mintak tolong kawan ana untuk gantikan tempat ana..
mereka dijadualkan sampai pada jam 4 petang tapi mereka lewat tiba pada jam 5.30..
training ana habis jam 5,jadi sempat la mandi dan bersiap untuk sambut mereka..
letih jugak la pada mulanya tapi sikap mereka yg open n sporting buat kami mudah selesa dan senang bergaul..

sedikit sebanyak yang ana nak kongsikan tentang kys.sekolah ni hanya menerima tidak sampai 350 orang pelajar setahun..
dan prestasi kurikulum dan kokurikulum mereka sgt membanggakan..
sudah 3 tahun berturut-turut mereka mencapai 100% straight A's dalam PMR..
kys adalah sekolah swasta.yuran pendaftaran mereka mencecah puluhan ribu ringgit tetapi ditanggung oleh biasiswa..
kawasan sekolah mereka teramatlah besar,prasarana yang disediakan sangat memuaskan..
terdapat 2 buah kolam renang yang masing2 panjangnya 300meter dan 100 meter..
mengikut maklumat yang ana dapat,pelajar f5 perlu berenang sebanyak 10 pusingan di kolam renang 300meter sebelum graduate dalam masa 1 hari dan tidak boleh naik selagi belum selesai..
famous dengan ragbi dan bola jaring..
huh,,sangat2 memuaskan bagi ana..












selain dari kolej yayasan melaka,tahun ini sigs membuat kelainan iaitu menjemput juga pelajar dari Tomita High School,Japan..
biasenya program pengantarabangsaan hanya dilakukan di sekolah tetapi,tahun ni sigs ambil kesempatan untuk dilakukan ketika hari sukan untuk pelajar jepun group 1.
terdapat 5 group pelajar jepun dan sigs menerima lawatan dari 2 group pelajar..
group yang kedua pada keesokannya iaitu jumaat..
pada hari tersebut,,dapatla ana berpeluang mengambil gambar dengan pelajar2 jepun ni..
nanti ana tunjukkan kat post yang akan datang..
mereka sangat berbeza dengan group 1..group 1 lebih ke arah nakal dan aktif..
tetapi group kedua lebih kearah nerd dan tidak boleh jauh dengan buku..
hehe.
cuaca yang panas membuatkan mereka macam udang bakar..
haha.

hmmm..
alhamdulillah,show kompang juga bertambah.
hehe.
selepas hari sukan,kami mainkan untuk sambutan pelajar jepun..
selepas ini untuk sambutan MSSD iaitu pada hari selasa..
dan yang paling kami x sabar untuk sambutan MSSJ..itupun jika dilakukan di jb..huhu.

cakap pasal MSSD,,
huh!
rabu ni acara akhir rejam lembing di stadium..
doakan ana ye..
alahai,cuak sangat..
haih..

huh.letih yang teramat..minggu depan memang pack..risau sebab nanti tertinggal class..
exam naek cuti mid sem..tapi subject banyak x cover lagi..
ya ALLAH,berikanlah ak kekuatan!
doakan ana ye!
=)


Feb 23, 2010

CINTA sejati dan abadi..


assalamualaikum.. tengah duduk-duduk, alhamdulillah, muncul pulak ilham untuk post kali ini.insya ALLAH,tentang CINTA abadi. mungkin ia datang sebab baru lepas bace novel JAZIRAH CINTA kot. huhu. sebuah novel islami yang sedikit sebanyak menceritakan tentang hakikat kehidupan dan makna cinta sebenar..

baiklah,, bagi ana,, cinta yang betul-betul sejati itu hanya berkaitan antara hubungan cinta kita dengan ALLAH SAW,Maha Pemilik Keabadian Cinta.. cinta kepada manusia tak boleh menandingi keabadian cinta itu sendiri.hal ini mungkin kerana kita hanya memandang paras rupa,harta,populariti dan apa-apa saja yang ada padanya..perkara-perkara begini hanyalah berbentuk sementara.. jika semua itu luput, kita sudah pasti kehilangan sirna cinta yang pernah ada pada dirinya. walaupun di dunia cinta itu masih kuat, tetapi jika tidak meletakkan ALLAH di tempat yang paling atas, mungkin di akhirat tak akan sekuat itu..wallahu 'alam.. boleh jadi, dua insan yang saling mencintai di dunia ini akan saling membenci di akhirat nanti.. subahanALLAH..
malah mungkin juga bukan hanya saling menbenci,tetapi saling menjatuhkan antara satu sama lain..

Di padang mashar nanti, ketika manusia dibangkitkan, yang ada dalam fikiran mereka adalah bagaimana menyelamatkan diri kita sendiri.. perasaan sayang dan cinta kita kepada seseorang tidak mungkin dapat menguasai perasaan takut kita dengan azab yang tak dapat kita bayangkan yang bakal menimpa kita.. nauzubillahiminzalik.. betapa dahsyatnya sehingga ketika seksaan itu ditunjukkan di depan mata, kita akn menjadi sangat takut.. mungkin bukan sahaja kekasih dengan kekasihnya,malah orang tua dengan anak mereka pun akan saling bermusuh, saling menuduh tentang kesalahan mereka..

tidak mampu untuk kita membayangkan bagaimana dua orang yang saling mengasihi boleh bertukar menjadi saling bermusuh.. mana keagungan dan keindahan cinta yang di agung-agungkan manusia di dunia dan mungkin yang selalu dimainkan di drama bersiri mahupun filem-filem..? dan dimana juga pengorbanan dan kerelaan yang selalu ditunjukkan oleh para pencinta selama ini..? bukanlah maksudnya disini kita tidak dibenarkan mencintai dan dicintai,mengasihi dan dikasihi, apatah lagi ALLAH itu menyuruh makluk-Nya saling mengasihi antara satu sama lain. cuma jadikan cinta kita kepada manusia ikhlas kerana-Nya. insya ALLAH, Dia akan menjaga dan melindungi cinta kita. tapi, kita mestilah betul-betul jujur bahawa cinta kita memang ikhlas kerana ALLAH. bukan kerana yang lain.

mungkin seseorang itu berfikir betapa sukar untuk mengasihi hanya kerana ALLAH. ana juga merasakan hal yang demikian. tapi sedikit sebanyak yang ana dapat daripada novel ini ialah,, hal ini tidak akan berlaku jika kita ingin menjadikan ALLAH sebagai satu keutamaan dalam hidup kita. kita menghilangkan peranan ALLAH dalam setiap langkah kita. tetapi,semua yang meliputi langit dan bumi ini adalah hak mutlak-Nya. kuasa DIA meliputi segalanya. jika kita sanggup untuk menyedari hal ini dan memenuhi hak-hak-Nya,pasti Dia akan membawa hati kita bukan sekadar untuk mengenalinya,tapi juga untuk bahagia dalam taman cinta yang indah. taman cinta yang diredhai-Nya..insya ALLAH..

siapa yang tidak mahu cinta yang sebegini? ana percaya semua manusia inginkan cinta yang sebegini.. jadi,marilah kita sama-sama renungkan sejauh mana kasih kita kepada ALLAH berbanding kasih kita sesama insan.. maka, tepuk dada, tanyalah iman.. segala yang ana coretkan ini tidak ada hubungkaitnya dengan sesiapa..hanya sekadar untuk berkongsi dan menasihati diri sendiri yang serba hina dan serba kekurangan. moge ada manfaatnya untuk anda semua..insya ALLAH..
wassalam=)



.:truly:.

Feb 21, 2010

jalan-jalan=)

salam.
erm,hari ni da nak balik hostel.
tapi malas sangat nak packing beg.
okay,takpe,nanti2 je..
nak cerita ni,,
kelmarin dan kelmarinnya,ana dan keluarga keluar pegi jalan round 1 jb..
dari tengahari sampaila malam.
da jln2,lepas asar,kami pegi makan,,then tros pegi giant..
tengah2 belanja,da msok mghrib,,
jadi kami tros p solat kat surau giant..
umi excuse,jadi ana pergi sorg2..
abah n adik2 da pegi dulu da..
da usai,mereka terus pegi kat kereta..
dalam surau,
usai solat ana lipat telekong,
tibe2 je sume senyap dan surau jadi gelap..
Ya ALLAH,giant black out!
lepas lebih kurang 10 saat,terang balik..
alhamdulillah..
ana cepat2 siap dan terus keluar..
da keluar,tapi giant still gelap..
ya ALLAH,takutnye..
dalam fikiran ana masa tu giant kene rompakan besar..
(tulah,banyak sangat tengok drama)
macam mane nak keluar ni,,
dengan berbekalkan chaya handfon,ana jalan slow2..
naseb baek ade orang lagi..
adui,nak nangis rase..
da nak sampai pintu keluar,ana dengar orang panggil,,
"kak long,kak long"
dengan nadanye yang ragu2.
umi!!!
ana terus peluk umi..
haih..
macam ape je..
pengecut betol..
hikhik.
kami tros pegi kat kereta..
sebelum kejadian umi belanja selendang!
terima kasih umi..




ontheway nak balik..
abah singgah stesen minyak..
lepas tu ana ternampak motor yang dikerumuni ramai orang lelaki..
siap amik gambar lagi..
rupenye saje-saje je..
mungkin dalam kalangan yang minat motor-motor ni kot..
macam tu skali obsesnye..
tuan punye motor pon melayan je orang lain nak amik gambar motor die..
yamaha x1R..
smart jugak..
rasenye model ni takde kat malaysia..
sebab tak pernah nampak..
tapi,tak tau la erk..
hehe.
smart kan..=P(amik dari google ni)
no platnye singapore..
hmm,,
cakap pasal singapore,,
hari tu abah pergi singapore,tapi abah pakai kereta pejabat die..
dekat tempat pemeriksaan,abah kene tahan jap..
sebabnya,pejabat terlepas pandang roadtax kereta da tamat 1 hari..
ingatkan abah kene saman atau denda..
tapi,oleh kerana sikap keprofesionalan pihak polis singpore..
abah dibenarkan masuk,,
siap kasi surat kebenaran lagi untuk 1 hari..
polis tu cakap takpe,mereka paham,sebab lewat 1 ari je.
mereka cakap ada yang lewat sampai 2-3minggu..
haih..
lepas tu,kami pegi danga bay,sje amik2 angin..hehe.
then,tros balik..
macam tu lah kisahnye..
tapi tak boleh lupe la mase giant black out..
adoyai..
1st time dalam idop..
hik3.
baikla.
sampai sini je..
nak packing bag..

wasalam..


.:truly:.

Feb 18, 2010

batik time.


salam,,
blogku..
lame betol ana tak membebel kat sini..
memang nak mencoret tapi perasaan malas dan kekangan waktu menghalang.
baik,,
ana nak post tentang batik painting yang ana jalankan minggu lepas dengan rakan2 kelas.

okay,
kejadian berlaku di chemistry lab..
sebelum tu,,terima kasih kepada sir rahilme n miss navinder kaur kerana menganjurkan aktiviti yang best nih..thumbs up!
selepas tauke batik kasi taklimat tentang macam mane nak mewarna,
pelajar2 dikehendaki ke tempat masing2 untuk mewarna batik mereka..
mereka diberi pilihan 3 corak batik - orkid,bunga raya dan rama-rama..
tapi ana pilih orkid sebab simple dan mudah nak warna..
"okay,pelajar2 boleh mula mewarna.."
tapi kerana kegugupan dan ketidakyakinan,ana boleh berjalan-jalan lagi..
tengok batik orang..
orang lain punye da nak siap,ana bru nak mula..sengal.
serious,mmg takut sangat,,takut x menjadi..
kalau x menjadi,melayang sepuluh ringgit..
rabak.rabak.
conteng sana conteng sini,,da siap..
huhu.
boleh tahan!(masuk bakul angkat sendiri;P)
kemudian kasi kat petugas untuk langkah seterusnya,,mengelap,mengeringkan dan masuk plastik..
hmm,,selesai..

batik penulis.hehe.;p

antara warna2 yang digunakan

lafaz-lafaz cinta,best!

aishah dan hasil nukilannye

macam-macam

hasil nukilan ying zhao

hasil nukilan fatehah

hasil nukilan jorah

agnes n joyce

gembira bersama hasil masing2

proses jemuran

memotong dan masuk plastik

tangan sape la ni..aishah punye,

agnes n candy.

teringat kate2 tauke batik,,die cakap..

"dalam lukisan batik memang tiada kesalahan kerana setiap kesalahan adalah seni yang lahir dari kita sendiri"

jadi,
kalau anda semua tertumpah warne ke,tersalah warne ke,,
jangan risau,,kerana semua itu adalah seni!

.:truly:.